US Dolar Mengekalkan Momentum Pengukuhan Menjelang Mesyuarat FOMC!

1,164

Matawang Euro didagangkan kukuh berbanding GBP sebanyak 0.2% pada hari ini iaitu pada tukaran £0.90.

Matawang Euro masih didagangkan kukuh pada hari ini walaupun bacaan CPI teras zon Eropah pada bulan Julai merosot sebanyak 0.3% sebulan namun CPI teras menunjukkan peningkatan 1.2% setahun.

Penganalisis berpendapat bahawa kenaikan tekanan inflasi bulan lalu disebabkan oleh kenaikan harga barang industri bukan tenaga. Justeru, pasaran melihat ekonomi zon euro bertambah baik.

Walaubagaimanapun, matawang GBP gagal untuk melonjak naik pada hari ini walaupun data CPI UK pada bulan Julai meningkat sebanyak 1%.

Pakar Ekonomi, Jeremy Thomson-Cook mengulas bahawa kadar inflasi 1% masih jauh di bawah angka sasaran Bank of England sebanyak 2%. Dalam masa yang sama UK bergelut dengan beberapa isu lain seperti isu Brexit dan penularan wabak Covid-19.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 92.655 setakat jam 11.55 p.m.

Dalam mesyuarat FOMC, the Fed dijangka akan mengekalkan polisi monetari. Para penganalisis akan mencari lebih banyak petunjuk dalam minit mesyuarat ini mengenai tindakan the Fed pada masa akan datang.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat