US Dolar Mengekalkan Pengukuhan Setakat Malam Ini

49

Matawang Euro jatuh berbanding US dolar yang mengukuh secara keseluruhan pada Isnin selepas berlakunya rusuhan di Catalonia Sepanyol.

EUR/USD jatuh 0.57% setakat ini ke paras 1.1752 setakat pukul 10.39 malam. Euro tertekan selepas keganasan yang berlaku di Catalonia dimana terjadinya pertempuran antara polis dan pengundi yang turun untuk mengundi kemerdekaan Catalonia.

Walaupun data aktiviti perkilangan yang dikeluarkan petang tadi adalah positif dengan indeks yang meningkat kepada 58.1 pada September berbanding 57.1 pada Ogos, namun masih sukar untuk menghalang kesan negatif yang dibawa oleh Catalonia kepada euro.

Permintaan terhadap US dolar dapat dilihat pada peningkatan hasil-bon kerajaan US setakat sesi Eropah pada Isnin. Hal ini disokong oleh faktor reformasi cukai kerajaan US dan juga kebarangkalian Kevin Warsh sebagai pengerusi The Fed menggantikan Janet Yellen.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding US dolar setakat ini naik 0.53%.

Data sektor pembuatan PMI (US manufacturing PMI) yang dikeluarkan pukul 10 malam tadi menunjukkan kenaikan bacaan ke paras tertinggi 13 tahun lalu. Ini merupakan kenaikan signifikan dalam data kali ini dan menyebabkan kenaikan signifikan dalam pasangan matawang US dolar pukul 10 malam tadi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat