US Dolar Mengukuh Dalam Sesi Dagangan Asia

52

Matawang US dolar didagangkan tinggi berbanding matawang yen dalam pasaan Asia pada hari Isnin berikutan tumpuan pasaran pada data yang akan dikeluarkan.

US dolar mengukuh sebanyak 0.08% kepada 113.65 berbanding JPY, manakala AUD/USD didagangkan pada 0.7649, menyusut sebanyak 0.16%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh 0.18% setakat jam 10.00 pagi kepada 94.47. Kali terakhir matawang US Dolar jatuh 0.13% pada minggu lepas.

Pada minggu ini, US, UK, Zon Eropah dan Kanada dijangka akan mengeluakan data CPI iaitu yang merupakan salah satu ukuran bacaan inflasi bagi setiap negara .

Pelabur juga akan memberi tumpuan pada rundingan komunikasi Bank Pusat yang akan dikelolakan oleh ECB. Barisan pengacara terdiri daripada ketua bank bank pusat Eropah, US, UK dan Jepun.

Pada minggu lepas, matawang US dolar menyusut ke paras terendah 1 minggu lalu berbanding matawang utama berikutan kesangsian pasaran terhadap perlaksanaan pelan reformasi cukai.

Kesangsian ini bermula apabila laporan Washington Post melaporkan bahawa ketua Senat Republikan sedang menimbang penangguhan selama setahun implementasi pemotongan cukai korporat bagi mematuhi peraturan Senat.

Disusuli kenyataan balas, pelan perlaksanaan reformasi cukai Senat Republikan yang berbeza dengan The House. Kedua-dua pelan tersebut pada dasarnya mengenakan cukai sebanyak $2.6 trillion keatas keuntungan luar negara. Bagi Senat, kadar cukai yang dikenakan keatas wang tunai dan aset cair adalah sebanyak 12% dan 5% bagi aset bukan cair. Namun berdasarkan kadar cukai yang ingin dikenakan keatas The House ialah 14% dan 7% masing-masing.

Segelintir pelabur percaya bahawa perlaksanaan reformasi cukai akan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi dan akan mendorong The Fed untuk meningkatkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat