US Dolar Mengukuh, Harga Emas Dan Minyak Mengalami Kejatuhan – Sesi Eropah

119

Pasaran Matawang

US dolar mengukuh berbanding matawang lain dalam sesi dagangan Eropah pada hari Jumaat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.13% kepada 91.72 setakat jam 04.15 p.m

Pelabur memberi tumpuan pada laporan data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Berdasarkan laporan perkerjaan lain yang dikeluarkan, tuntunan pengangguran meningkat sebanyak 3,000 pada minggu lepas kepada 250,000. Laporan ini sedikit mengecewakan jika dibandingkan dengan jangkaan penganalisis yang mensasarkan pengurangan sebanyak 6000 tuntunan.

Matawang EUR/USD menyusut sebanyak 0.07% kepada 1.2058. Manakala matawang GBP/USD mengukuh sedikit sebanyak 0.1% kepada 1.3552.

Pasaran Komoditi

Harga minyak jatuh dalam sesi dagangan Eropah. Harga minyak mentah WIT mencatat kejatuhan sebanyak 0.32% kepada $61.81, manakala Brent mencatat kejatuhan sebanyak 0.34% kepada $67.84 setakat jam 04.15 p.m

Kejatuhan ini disebabkan lebihan pengeluaran galian minyak US.

Harga emas mengalami kejatuhan berikutan tumpuan pelabur pada data NFP yang akan dikeluarkan malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat