US Dolar Mengukuh, Harga Emas Melonjak Naik, Minyak Turun Hampir 1%

59

Forex

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang utama pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam mengukuh sebanyak 0.14% kepada 92.97 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Jumaat setakat jam 05.00 p.m.

Matawang Euro menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.20% pada bacaan 1.1851. GBP/USD juga menyusut sebanyak 0.16% kepada 1.3365 setakat jam 05.00 p.m.

Jumlah pelaburan semakin mengecil menjelang cuti perayaan Krismas pada hari Isnin.

Laporan pertumbuhan ekonomi, GDP US mencatat peningkatan sebanyak 3.2% berbanding bacaan sebelumnya yang mencatat paras 3.3%. Namun bacaan ini merupakan bacaan pertumbuhan terpatas dalam tempoh melebihi 2 tahun.

Pelan reformasi cukai itu kini hanya menunggu Presiden Donald Trump mentandatangan perjanjian tersebut selepas Senat US meluluskannya.

AUD mengukuh sebanyak 0.14% kepada 0.7713 berbanding U.S dolar. Manakala NZD didagangkan pada 0.7020 iaitu mengukuh sebanyak 0.03%.

Minyak

Harga minyak meneruskan kejatuhan sejak sesi dagangan Asia.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.41% kepada $58.12 setakat jam 05.00 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.96% kepada $64.28 setong setakat jam 05.00 p.m.

Masih dihimpiti oleh faktor yang sama, kejatuhan harga minyak didorong oleh peningkatan pengeluaran minyak mentah US.

Selain itu, disebabkan jangkaan pelabur yang menjangkakan bahawa saluran minyak Laut Utara Forties akan dibuka semula pada awal bulan Januari.

Emas.

Harga emas mencatat peningkatan dalam pasaran Eropah berikutan jumlah dagangan matawang US dolar yang semakin mengecil menjelang cuti Krismas.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kenaikan sebanyak 0.06% pada hari Jumaat kepada $1,271.40 setakat jam 05.00 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat