US Dolar Mengukuh, Harga Minyak Dan Emas Jatuh – Sesi Asia

61

Forex

Matawang US dolar terus mengukuh pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Asia.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh sebanyak 0.16% kepada 92.99 dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat setakat jam 10.45 a.m.

Matawang Euro menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.23% pada bacaan 1.1848. GBP/USD juga menyusut sebanyak 0.07% kepada 1.3376 setakat jam 10.45 a.m.

Matawang Euro tertekan selepas keputusan undian Catalan memihak kepada parti pemisah.

Kerajaan Sepanyol mengharapkan bahawa pilihan raya akan memihak kepada parti pro kerajaan namun 96% memilih untuk mengundi parlimen daerah Catalonia, parti pemisah dijangka akan menang 70 kerusi daripada 135 kerusi.

Pelan reformasi cukai itu kini hanya menunggu Presiden Donald Trump mentandatangan perjanjian tersebut selepas Senat US meluluskannya.

pertumbuhan ekonomi US yang bertumbuh dengan sedikit perlahan pada suku tahun ketiga berbanding suku tahun sebelumnya.

Minyak

Harga minyak jatuh daripada paras tertinggi tahun 2015 pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Asia.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.34% kepada $58.16 setakat jam 10.45 a.m..

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.05% kepada $64.72 setong setakat jam 10.45 a.m.

Kejatuhan harga minyak didorong oleh peningkatan pengeluaran minyak mentah US.

Selain itu, disebabkan jangkaan pelabur yang menjangkakan bahawa saluran minyak Laut Utara Forties akan dibuka semula pada awal bulan Januari.

Emas

Harga emas jatuh dalam pasaran Asia berikutan pengukuhan US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.13% pada hari Jumaat kepada $1,269.00 setakat jam 10.45 a.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat