US Dolar Mengukuh, Harga Minyak Terus Menyusut – Sesi Eropah

429

Pasaran Matawang

Matawang US dolar didagangkan kukuh pada paras 2 minggu tinggi berbanding matawang utama pada hari Khamis dalam sesi Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sebanyak 0.24% kepada 90.38 setakat jam 05.35 p.m.

Matawang US dolar mula mengukuh selepas pemimpin kongres US memutuskan untuk meningkatkan bajet perbelanjaan kerajaan sebanyak $300 billion.

Matawang Euro menyusut sebanyak 0.20% berbanding US dolar kepada 1.2238.

Dolar New Zealand (NZD) meneruskan kejatuhan berbanding US dolar dalam sesi dagangan Eropah.

Bank pusat New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.75% pada Khamis sejajar dengan jangkaan pasaran.

Pasaran Komoditi

Harga minyak terus jatuh dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis berikutan peningkatan pengeluaran minyak US.

Harga minyak WTI jatuh kepada $61.67 setong dan Brent jatuh kepada $65.50 setong setakat jam 05.35 p.m. Harga ini merupakan paras terendah dalam tempoh 5 minggu.

Harga emas menunjukkan kejatuhan dalam sesi Eropah berikutan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat