US Dolar Menyusut Berbandin Yen, Harga Minyak Meneruskan Kejatuhan

504

Pasaran Matawang

Matawang US dolar menyusut berbanding matawang yen dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin.

Matawang USD menyusut sebanyak 0.28% berbanding matawang yen kepada 109.87. Manakala AUD/USD menyusut kepada 0.7915.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.01% kepada 89.05 setakat jam 9.35 a.m.

Berikutan data pekerjaan (NFP) yang memberangsangkan pada Jumaat, ia telah mendorong kepada pengukuhan US dolar.

Pekerjaan di AS meningkat sebanyak 200,000 melebihi jangkaan 181,000. Kadar gaji naik sebanyak 0.3% pada Januari melebihi jangkaan 0.2%.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah meneruskan kejatuhan yang dialami pada minggu lepas berikutan pengukuhan US dolar. Harga brent pula jatuh ke paras terendah mingguan.

Pengukuhan US dolar adalah berikutan data pekerjaan (NFP) yang memberangsangkan pada Jumaat.

Harga minyak WTI jatuh kepada $64.88 setong dan Brent jatuh kepada $68.00 setong setakat jam 09.35 a.m

Harga emas juga mengalami kejatuhan iaitu sebanyak 0.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat