US Dolar Menyusut Berbanding Yen, Harga Minyak Jatuh – Sesi Asia

390

Pasaran Matawang

US Dolar sedikit menyusut berbanding matawang yen dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

USD/JPY menyusut sedikit sebanyak 0.06% kepada 108.88 setakat jam 9.30 a.m. AUD/USD juga menyusut sebanyak 0.06% pada 0.8088. Manakala matawang NZD/USD didagangkan kukuh kepada 0.7327.

Penyusutan US dolar berbanding yen adalah berikutan tumpuan pelabur pada mesyuarat Fed dalam minggu ini.

Laporan perbelanjaan isi rumah Jepun jatuh 2.5%, kejatuhan ini melebihi jangkaan penganalisis. Kadar pegangguran meningkat kepada 2.8% dan jualan runcit naik 3.6% berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 1.8%

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.03% kepada 89.20 setakat jam 9.30 a.m.

Pasaran Komoditi

US dolar masih lagi lemah walaupun menunjukkan pengukuhan. Hal ini menyebabkan harga minyak mentah US meningkat pada mulanya. Namun harga minyak mentah menyusut dalam sesi dagangan Asia atas sebab faktor pengukuhan US dolar.

Harga minyak WTI jatuh kepada $65.34 setong dan Brent jatuh kepada $69.03 setong setakat jam 09.30 a.m.

Harga emas masih lagi jatuh iaitu sebanyak 0.20% kepada 1,337.80.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat