US Dolar Menyusut Berbanding Yen, Harga Minyak Terus Meningkat

351

Pasaran Matawang

Matawang US dolar menyusut berbanding yen pada awal sesi dagangan Asia.

USD/JPY menyusut sedikit sebanyak 0.07% kepada 110.26 setakat jam 9.30 a.m. Manakala AUD/USD kekal stabil pada 0.8001.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.01% kepada 89.85 setakat jam 9.30 a.m.

Pengukuhan matawang yen oleh laporan perdagangan yang positif pada bula Disember. Jepun mencatat lebihan dalam imbangan dagangan sebanyak ¥359 billion pada bulan Disember.Export meningkat sebanyak 9.3%, manakala import naik 14.9%.

Pelabur kini memberi tumpuan pada ucapan pentadbiran Presiden Trump di Davos.

Pasaran Komoditi

Harga minyak menunjukkan peningkatan namun terbatas berikutan laporan American Petroleum Institute (API). Laporan tersebut menyatakan inventori minyak mentah meningkat 4.755 juta tong pada mingu lepas. Angka ini diluar jangkaan penganalisis yang menjangkakan kenaikan hanya sekadar 1.6 juta tong.

Harga minyak WTI naik kepada $64.11 setong dan Brent naik kepada $69.88 setong setakat jam 09.30 a.m.

Harga minyak naik sebanyak 0.26% kepada 1,340.30.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat