US Dolar Menyusut, Harga Emas Naik- Harga Minyak Mengalami Kejatuhan – Sesi Eropah

56

Forex

US dolar mencatat penyusutan berbanding matawang utama dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.13% kepada 92.72 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Rabu setakat jam 04.45 p.m.

AUD mencatat bacaan yang pengukuhan sebanyak 0.40% kepada 0.7759 berbanding US dolar. USD/JPY menunjukkan bacaan pada 113.20, menyusut sebanyak 0.03%. NZD mengukuh sebanyak 0.27% kepada 0.7058 setakat jam 04.45 p.m.

Penyusutan US dolar mendorong pengukuhan matawang lain.

Minyak

Harga minyak terus mencatat kejatuhan pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.33% kepada $59.77 setakat jam 04.45 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.47% kepada $66.15 setong setakat jam 04.45 p.m.

Peningkatan harga minyak terbatas walaupun didorong oleh kerosakan saluran minyak utama Libya akibat berlakunya letupan. Kerosakan saluran minyak tersebut menyebabkan pengeluaran minyak jatuh sebanyak 90,000 ribu tong setiap hari.

Peningkatan harga terbatas disebabkan sentimen positif berkenaan saluran minyak Forties Laut Utara yang semakin pulih dan dijangka akan dibuka kembali pada awal tahun.

Emas

Harga emas meningkat pada awal sesi dagangan Eropah pada hari Rabu berikutan kelemahan matawang US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.15% pada hari Rabu kepada $1,289.40 setakat jam 04.45 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat