US Dolar Menyusut, Harga Minyak Hampir Mencapai Paras Tertinggi, Harga Emas Naik – Sesi Eropah

62

Forex

US dolar menyusut lebih banyak dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.26% kepada 92.42 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis setakat jam 03.45p.m

Selain itu, hasil bon US juga mengalami kejatuhan pada hari ini walaupun dengan sokongan dari reformasi cukai.

Pasaran masih lagi meragui berkenaan hala tuju ekonomi pada tahun hadapan selepas kelulusan reformasi cukai.

Faktor lain, kejatuhan US dolar juga disebabkan akitiviti pengambilan keuntungan menjelan hujung tahun dan tahun baru.

Minyak

Harga minyak naik hampir mencapai paras tertinggi dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.23% kepada $59.78 setakat jam 03.45p.m

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.27% kepada $66.17 setong setakat jam 03.45p.m

Peningkatan harga minyak didorong oleh pertumbuhan jumlah kontrak US yang melonjak naik. Menurut Reuters, jumlah kontrak minyak WTI akan menembusi paras 150 juta.

Selain itu turut mempengaruhi harga minyak adalah pengurangan aktiviti dagangan menjalang tahun awal tahun baru.

Emas

Harga emas terus meningkat pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah berikutan kelemahan matawang US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.29% pada hari Khamis kepada $1,295.10 setakat jam 03.45p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat