US Dolar Menyusut, Harga Minyak Jatuh Daripada Paras Tertinggi, Harga Emas Membuat Kenaikan

60

Forex

Matawang US dolar menyusut sedikit berbanding yen dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu.

USD/JPY mencatat bacaan pada 113.50, menyusut sebanyak 0.04%. AUD pula mencatat pengukuhan sebanyak 0.19% kepada 0.7572 berbanding US dolarsetakat jam 10.25 a.m.

  • Berdasarkan laporan yang dikeluarkan di Jepun, tempahan mesin utama pada bulan Oktober meningkat 5.0% berbanding jangkaan yang mensasarkan peningkatan 2.8%. Pada kiraan tahunan, mencatat 2.3% berbanding tahun lepas pada 2.8%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.04% kepada 94.02 dalam sesi dagangan Asia pada Rabu setakat jam 10.25 a.m.

  • Pelabur menjangkakan Federal Reserve akan meningkatkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini.

Minyak

Harga minyak melonjak naik dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.68% kepada $57.53 berbanding awal pagi pada bacaan 57.27 setakat jam 10.25 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.17% kepada $63.95 setong setakat jam 10.25 a.m. Jatuh daripada paras tertinggi namun naik daripada kejatuhan awal pagi hari ini iaitu pada $63.56 setong.

  • Berdasarkan laporan American Petroleum Institute (API), pengeluaran minyak mentah jatuh sebanyak 7.382 juta tong pada minggu lepas, manakala inventori gasoline naik 2.3 juta tong.
  • Inventori minyak di Oklahoma, jatuh sebanyak 2.7 juta tong.

Emas.

Harga emas naik sedikit berikutan tumpuan pasaran yang menjangkakan kenaikan kadar faedah pada suku tahun keempat.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kenaikan sebanyak 0.30% pada Rabu kepada $1,245.40 setakat jam 10.25 a.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat