US Dolar Menyusut, Pelabur Jangka Pengeluaran Minyak Akan Meningkat

499

Pasaran Matawang

Matawang US dolar mencatat penyusutan berbanding matawang utama yang lain dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain menyusut sebanyak 0.09% kepada 90.3=59 setakat jam 05.20 p.m.

Matawang euro mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.10% kepada 1.2198.

Matawang euro mula kembali mengukuh setelah jatuh daripada paras tertinggi 3 tahun.

US dolar sedikit tertekan berikutan ekonomi global yang semakin pulih menyebabkan pertumbuhan ekonomi US sedikit terbatas.

Matawang GDP/USD juga didagangkan kukuh dengan peningkatan sebanyak 0.01%.

Pasaran Komoditi

Harga minyak didagangkan sedikit rendah dalam sesi eropah berikutan spekulasi pelabur terhadap data pengeluaran minyak yang akan dikeluarkan harini. Pelabur menjangkakan peningkatan dalam pengeluaran minyak US dan gasoline.

Berdasarkan laporan API yang dikeluarkan semlam, inventori minyak mentah US jatuh 5.1 juta tong pada minggu lepas berbanding jangkaan penganalisis sekadar mencatat kejatuhan sebayak 3.6 juta tong.

Harga emas meneruskan kejatuhan dalam sesi dagangan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat