US Dolar Mula Lemah, EUR/USD Bakal Ulangi Lonjakan Beratus Pips Pada Februari?

1,089

Matawang US dolar kembali diniagakan lemah pada awal dagangan minggu ini selepas bergerak kukuh dalam pasaran untuk 2 minggu sebelum ini ekoran permintaan terhadap matawang tersebut yang meningkat dalam suasana sentimen pasaran berisiko.

Penyusutan ketara US dolar pada awal sesi New York semalam adalah susulan pengumuman Federal Reserve (Fed) untuk menyediakan suntikan dana tanpa had untuk menampung segala beban perniagaan dan rakyatnya dalam menghadapi penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin buruk.

Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin telah menggesa Senat AS untuk meluluskan pakej rangsangan bernilai $2 trilion dolar untuk menyokong semula ekonomi yang terjejas.

Program kecairan berskala mega ini dilihat akan meningkatkan semula kadar inflasi dan membantu sektor-sektor utama di Amerika Syarikat. Namun, hal ini telah membuatkan kebimbangan pelabur semakin meningkat dan mendorong penyusutan pada nilai matawang US dolar.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga yang membuat penurunan sejak 2 minggu lalu kembali mempamerkan corak kenaikan harga selepas US dolar mula mengalami penyusutan.

Harga yang gagal tembusi paras support 1.06500 minggu lalu telah membuat kenaikan dan lonjakan harga berlaku melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada awal sesi New York sejurus selepas Fed mengumumkan bantuan pelonggaran kuantitatif besar-besaran.

Kenaikan harga telah menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.08000 sebelum harga kembali turun semula menuju ke paras sokongan MA50 sehingga dagangan sesi New York berakhir.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga sekali lagi membuat kenaikan dan menguji zon SBR 1.08000 sehingga penghujung sesi.

Jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dari zon SBR tersebut pada sesi seterusnya, kenaikan harga dilihat akan menuju zon SBR di paras lebih tinggi sekitar 1.10000 dan mengesahkan perubahan trend pada carta EUR/USD.

Namun jika US dolar kembali mengukuh semula, harga berkemungkinan kembali membuat penurunan semula dan menguji zon support 1.06500 yang gagal ditembusi sejak minggu lalu.

Pasaran akan turut memberi tumpuan terhadap data PMI pembuatan dan perkhidmatan zon Eropah dan juga Amerika Syarikat yang bakal mempengaruhi pergerakan matawang Euro dan US dolar hari ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat