US Dolar Mula Mendapat Kekuatan Sebelum Laporan FOMC Pagi Nanti

51

US dolar meneruskan kenaikan berbanding enam matawang utama yang lain pada Rabu selepas pengukuhan data pekerjaan sektor swatsa di Amerika Syarikat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback naik 0.28% setakat pukul 9.53 malam. Indeks ini semakin menghampiri paras tertinggi 95.06.

Data terbaru sektor pekerjaan Amerika Syarikat merekod tambahan 235,000 pekerjaan pada Oktober lebih daripada jangkaan pasaran 202,000. Pengukuhan data ini menunjukkan ekonomi US mendapat semula momentum selepas dilanda ribut taufan pada Ogos dan September.

Ketika ini, para pelabur antarabangsa sedang menunggu kenyataan polisi The Fed yang akan dikeluarkan pada pukul 2.00 pagi Khamis di mana Fed dijangka mengekalkan kadar faedah.

Apa yang menjadi perhatian pasaran pagi nanti adalah isyarat tentang kenaikan kadar faedah di masa akan datang dan komen Fed tentang inflasi yang masih lagi di bawah sasaran 2%.

Pemain-pemain pasaran global juga sedang menunggu pengumuman tentang siapakah yang akan menggantikan pengerusi Fed Janet Yellen. Spekulasi ketika ini menunjukkan, Trump lebih cenderung memilih Jerome Powell yang dilihat sesuai untuk menyokong polisi fiskal kerajaan.

Pasangan matawang USD/JPY setakat ini merekod kenaikan sehingga 0.54%, naik 66 pip dari paras terendah hari ini.

EUR/USD pula jatuh 0.26% bersamaan dengan 43 pip lebih rendah dari paras pembukaan pada Rabu. Walaupun dengan panduan yang lebih dovish oleh ECB minggu lalu, matawang Euro membuat kenaikan sejak Isnin sehingga mencapai paras tertinggi minggu ini di 1.1660. Setakat pukul 10.02 malam, EUR/USD hampir mencapai paras pembukaan minggu ini di 1.1605.

Matawang Pound Sterling (GBP) pula ketika ini stabil selepas membuat kenaikan sejak Isnin. Jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah pada Khamis telah banyak menyokong kenaikan GBP minggu ini. Esok, tumpuan akan terarah kepada penetapan polisi monetari BoE pada pukul 8 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat