US Dolar Mula Mengukuh , Harga Minyak Brent Kembali Pulih – Sesi Eropah

411

Pasaran Matawang

US dolar didagangkan kukuh berbanding matawang utama pada hari Selasa.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sebanyak 0.22% kepada 90.35 setakat jam 05.00 p.m.

Pengukuhan US dolar adalah disebabkan sentimen isu penutupan pentadbiran perseketuan US yang semakin reda.

Penutupan kerajaan (government shutdown) di Amerika Syarikat telah berakhir selepas Presiden Trump menandatangani rang undang-undang perbelanjaan sementara kerajaan.

Manakala matawang yen menyusut berbanding US dolar setelah tidak banyak perubahan yang signifikan dalam pengumuman BoJ hari ini yang menunjukkan perubahan pendirian mereka.

Pasaran Komoditi

Harga minyak Brent kembali mengukuh dalam sesi Eropah pada hari Selasa.

Harga minyak WTI naik kepada $63.83 setong dan Brent naik kepada $69.24 setong setakat jam 05.00 p.m.

Pelabur memberi tumpuan pada laporan mingguan yang akan dikeluarkan American Petroleum Institute.

Dijangka inventori minyak akan berkurang sebanyak 1.3 juta tong.

Harga emas meneruskan pengukuhan namun terbatas setelah US dolar mula menunjukkan pengukuhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat