US Dolar Mula Pulih – Harga Emas Jatuh Daripada Paras Tertinggi Mingguan

534

Pasaran Matawang

US dolar mula mengukuh pada hari Jumaat setelah 3 hari berturut-turut mengalami penyusutan. Walaubagaimanapun pengukuhan ini terbatas.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain jatuh sebanyak 0.15% kepada 89.06 setakat jam 10.55 a.m.

Matawang US dolar mula mengukuh pada awal sesi perdagangan Asia berikutan kenyataan membantah kenyataan Menteri Kewangan AS Steven Mnuchin.

Presiden AS Donald Trump menegaskan bahawa dirinya menginginkan pengukuhan US dolar dan memberi penegasan bahawa US dolar akan terus mengukuh dibawah pimpinan beliau.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah jatuh pada hari Jumaat berikutan kejatuhan sedikit dalam pasaran matawang US dolar. Selain itu, pasaran menjangkakan fundamental pasaran minyak mentah akan semakin lemah pada masa akan datang.

Harga minyak Brent setakat ini didagangkan di sekitar $70.22 setong. Harga minyak WTI jatuh 0.17% kepada $6542 setong setakat jam10.55 a.m.

Harga emas jatuh dalam sesi dagangan Asia selepas Trump mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahukan US Dolar yang kukuh.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat