US dolar Pamer Pengukuhan,Trend Pergerakan Harga EUR/USD Bakal Berubah?

450

US dolar mula pamerkan pengukuhan pada dagangan hari ini selepas bergerak susut sejak minggu lalu dengan sentimen pasaran agak bercampur.

Krisis pandemik COVID-19 kekal menjadi pemacu utama pergerakan pasaran yang perlahan dengan kes jangkitan seluruh dunia telah mencecah lebih 2 juta. Amerika Syarikat dengan kes tertinggi melebihi 600,000 dan juga angka korban tertinggi melebihi 26,000 kematian.

Pengukuhan US dolar pada dagangan Rabu lebih ketara pada sesi Eropah berbanding matawang utama terutamanya Euro.

Kneaikan harga pada carta EUR/USD semalam terus mengekalkan siri kenaikan minggu lalu. Harga membuat kenaikan sekitar 80 pips lebih tinggi mengatasi ketinggian yang dicapai pada awal minggu.

Namun pada dagangan hari ini, harga kembali membuat penurunan bermula pada sesi Asia yang lebih perlahan, penurunan diteruskan sehingga ke sesi Eropah kembali ke zon RBS (resistance become support) di sekitar 1.09200.

Penurunan yang bakal diteruskan dilihat akan melepasi paras terendah mingguan pada sekitar 1.08900 sebelum menuju zon RBS lebih rendah pada 1.08400.

Zon support pada 1.0770 yang diuji pada awal April akan menjadi destinasi pada penurunan harga yang seterusnya.

Namun jika harga kembali membuat lonjakan dan keluar dari zon RBS semasa, kenaikan harga akan kembali menguji paras ketinggian yang dicapai semalam sebelum menuju paras penting pada 1.1000.

Siri kenaikan harga yang berjaya diteruskan semula akan mendorong kenaikan lebih tinggi ke zon resistance di sekitar 1.1100.

Pelabur akan memberi tumpuan terhadap data jualan runcit Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar nanti dan akan akan memberi kesan terhadap pergerakan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat