US Dolar Rendah, Harga Minyak Tinggi

226

Harga minyak meningkat lebih 1% pada hari Selasa ketika US dolar yang lemah dan jangkaan penurunan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat menyokong dagangan komoditi hitam.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat pada $67.71 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $64 setong.

Indeks dolar terus menjunam ke paras terendah enam minggu berbanding kebanyakan matawang utama, menyebabkan harga minyak lebih murah bagi pemegang matawang utama lain.

Turut menyokong pengukuhan harga, stok minyak mentah dan penyulingan AS dijangka menunjukkan kemerosotan pada minggu lepas, mengikut ramalan daripada Reuters pada Isnin.

Sementara itu, berita positif mengenai vaksin di Eropah telah memberi harapan baru buat permintaan minyak mentah global.

Pfizer dan BioNTech dilaporkan akan membekalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan tambahan 100 juta dos vaksin Covid-19, sekali gus mendorong keyakinan pasaran untuk melihat pemulihan yang lebih kuat dan pantas di Eropah pada separuh kedua tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat