US Dolar Sedang Menguat Menjelang Laporan NFP

52

Indeks US dolar yang megukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam matawang utama dunia didagang tinggi hari ini menjelang ‘News Besar‘ NFP. Indeks US dolar ketika ini berada di paras 100.06 naik dari paras terendah Khamis di 99.19.

Pasaran menjangkakan jumlah pekerjaan akan meningkat 170k, yang mana lebih tinggi dari jumlah 156k yang dicatatkan bulan lalu. Kadar pengangguran (unemployment rate) pula dijangka kekal pada kadar 4.7%, manakala ‘purata gaji per jam’ (Averaged hourly earnings) susut kepada 0.3% dari 0.4% yang dicatatkan bulan lalu.

Data ADP-NFP sebelum ini juga mencatatkan kenaikan yang di luar jangkaan dengan tambahan sebanyak 246,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta. Data ini lebih daripada jangkaan sebanyak 165,000 dan data bulan sebelum iaitu 151,000.

Manakala Jabatan Buruh US melaporkan pengurangan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) sebanyak 14,000 kepada 246,000 bagi minggu berakhir pada 27 Januari.

Harga emas meningkat pada Khamis, apabila kebanyakan pelabur masih mengawasi pelbagai risiko pentadbiran Trump. Dalam masa yang sama, komoditi ini juga mengambil peluang untuk bangkit tetapi gagal berikutan penguatan nilai US dolar ketika ini.

Harga minyak mentah global ketika ini didagang rendah dari paras yang dicatatkan dalam sesi Asia pagi tadi dengan minyak WTI kini $53.72 setong dan Brent-oil $56.76 setong menjelang laporan NFP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat