US Dolar Sedikit Pulih Dari Kejatuhan, Minyak Mentah Naik Ke Paras Tertinggi

60

US dolar mendapat sedikit kenaikan berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Rabu dengan pelabur ketika ini fokus kepada minit mesyuarat Federal Reserve yang akan dikeluarkan pukul 3 pagi nanti. US dolar juga akan berhadapan dengan berita penting data pekerjaan NFP pada Jumaat.

Pemerhati pasaran cuba mendapatkan isyarat penting tentang pengetatan polisi The Fed tahun ini yang diunjur menaikkan kadar faedah sehingga 2.25% pada 2018.

US dolar melemah sepanjang tahun 2017 disebabkan faktor politik mendominasi tumpuan pasaran khususnya pemotongan kadar cukai Amerika Syarikat. Di satu sudut pula, greenback tertekan dengan pemulihan ekonomi dunia yang meningkatkan jangkaan pengetatan polisi monetari di seluruh dunia. Hal ini sebenarnya mengurangkan perbezaan (divergence) polisi antara Federal Reserve dengan bank-bank pusat yang lain.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.23% setakat pukul 8.30 malam menjelang pembukaan pasaran New York.

Selepas melonjak pada Selasa, matawang Euro sedikit membuat penurunan pada Rabu dengan tumpuan beralih kepada minit mesyuarat FOMC. Kenaikan US dolar sedikit menekan Euro di mana EUR/USD setakat pukul 8.34 malam susut 0.30%.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah mencapai paras tertinggi pertengahan tahun 2015 dengan Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) naik kepada $60.87 setong pada pukul 8.41 malam. Minyak Brent pula naik 0.65% kepada $66.98 setong.

Terdapat kebimbangan terhadap ketegangan di Iran ketika ini dengan potensi sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat. Penganalisis juga berpendapat selagi isu di Iran berterusan, pasaran komoditi hitam dijangka terus kukuh.

Emas pada sesi Asia membuat sedikit penurunan selepas membuat rally (naik berterusan) selama lapan sesi dagangan berturut-turut disebabkan pengukuhan US dolar. Ketika ini emas sedang cuba mencapai paras pembukaan pada Rabu. Dengan pengukuhan US dolar, emas dijangka akan terus lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat