US Dolar Sempat Menguat Semalam! Apa Dah Jadi?

614

Dolar greenback diperdagangkan di bawah tekanan pada hari Selasa setelah jatuh ke paras terendah 2 setengah tahun dan menutup bulan terburuknya dengan sedikit lonjakan pada sesi sebelum ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama didagangkan stabil pada 91.91.

Matawang euro yang berjaya menembusi paras 1.2000 kembali merosot susulan pemulihan US dolar yang sebahagian besarnya mungkin disebabkan pengambilan untung oleh pelabur sebelum bulan November berakhir, selain turut dipengaruhi oleh prestasi buruk Wall Street.

Sementara itu, dagangan pound sterling terus tidak menentu dipengaruhi oleh kurangnya kemajuan dalam rundingan perdagangan Brexit. UK dan Kesatuan Eropah (EU) saling memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk mencapai perjanjian.

Matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan dolar New Zealand sedikit meningkat pada awal sesi Asia setelah mencatatkan kerugian pada sesi sebelum ini. Mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada jam 11 pagi ini akan menjadi tumpuan utama pasaran yang menjangkakan tiada perubahan dalam dasar semasa.

Dolar Kanada turut menyusut setelah menguat ke paras tertinggi 3 minggu berbanding US dolar di tengah kejatuhan harga minyak menjelang keputusan OPEC+ sama ada rancangan untuk meningkatkan pengeluaran akan ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, keyakinan dan harapan bahawa vaksin akan diluluskan sebelum akhir tahun ini terus menyokong sentimen pasaran yang memperlihatkan kebanyakan matawang utama kekal didagangkan tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat