US Dolar Susut, Harga Minyak Brent Melonjak Ke Paras $70 Setong – Sesi Eropah

353

Pasaran Matawang

Matawang US dolar didagangkan rendah berbanding matawang utama pada hari Isnin dalam sesi Eropah. Manakala matawang Euro didagangkan kukuh.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.10% kepada 90.53 setakat jam 4.40 p.m

Matawang Euro pula mengukuh sebanyak 0.14% kepada 1.2213 berbanding US dolar.

Pengukuhan matawang euro didorong oleh harapan optimis oleh pelabur yang mengharapkan pembuat dasar bank pusat Eropah menambahkan lagi pemotongan rangsangan kewangan.

Pasaran Komoditi

Harga minya brent naik ke paras $70 setong dalam sesi dagangan Eropah sebelum menyusut sedikit.

Harga minyak WTI mengalami kenaikan 0.05% kepada $64.33. Manakala minyak Brent menyusut sedikit kepada $69.75.

Peningkatan harga minyak brent masih lagi disokong oleh usahan OPEC dan Russia walaupun terdapat peningkatan aktiviti galian di US dan Kanada.

Harga emas melonjak naik sebanyak 0.55% kepada $1,342.10.

Peningkatan harga didorong oleh cuti di US dan tumpuan pada indikasi inflasi pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat