US Dolar Susut, Mampukah EUR/USD Teruskan Penurunan Lebih Rendah?

554

Pengukuhan US dolar yang dipamerkan susulan reaksi pelabur terhadap minit mesyuarat FOMC dilihat gagal dikekalkan selepas kembali bergerak lemah semalam.

Penyusutan semula US dolar adalah didorong oleh data tuntutan faedah pengangguran di Amerika Syarikat (AS) minggu lalu yang kembali mencatatkan bacaan angka di atas paras 1 juta semula selepas penurunan minggu lalu.

Peningkatan angka tersebut menambahkan tekanan berikutan diterbitkan sehari selepas Federal Reserve (Fed) memberi amaran berkenaan kadar pemulihan ekonomi AS yang perlahan.

Penyusutan US dolar ini turut memberi ruang semula untuk matawang utama yang lain terutama Euro untuk kembali mengukuh.

Pergerakan harga pada carta pasangan EUR/USD pamerkan penurunan 100 pips susulan minit mesyuarat diterbitkan. Penurunan harga bersambung semalam dengan harga hampir menyentuh paras 1.1800 di zon RBS (resistance become support).

Harga kembali membuat kenaikan selepas pasaran memberi reaksi terhadap data tuntutan pengangguran AS sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Harga bergerak perlahan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga yang menjadi rintangan untuk harga meneruskan kenaikan.

Jika harga berjaya melepasi halangan tersebut, paras tumpuan seterusnya yang akan diuji adalah pada 1.19000 sebelum menuju ke paras resistance mingguan pada 1.19600.

Namun US dolar berjaya mengukuh semula, harga bakal ditekan lebih rendah kembali menuju zon RBS di paras 1.18000.

Penurunan selanjutnya akan ke zon support pada 1.17200 yang diuji pada dagangan minggu lalu.

Tumpuan akan terarah pada data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan AS yang akan mempengaruhi pergerakan matawang Euro dan USD dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat