US Dolar Terlalu Kuat, Matawang Utama Makin Kritikal

761

Raja matawang US dolar meneruskan pendakian lebih tinggi pada sesi Eropah dengan galakan daripada data jualan runcit AS yang mengukuhkan lagi jangkaan untuk kenaikan kadar faedah lebih awal daripada Federal Reserve (Fed).

Penjualan runcit AS meningkat melebihi jangkaan pada bulan Oktober, sekali gus menyokong pandangan bahawa pemulihan ekonomi AS terus berjalan seiring dengan lonjakan inflasi yang tinggi baru-baru ini.

US dolar melonjak ke paras tertinggi 4 setengah tahun berbanding yen Jepun, yang turut dipengaruhi dengan kebangkitan semula hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Sementara matawang euro yang sudah sedia lemah pula ditolak ke bawah paras harga 1.1300 berbanding dolar greenback, membawanya ke paras terendah terbaru pada sesi dagangan hari ini.

Menjadi tumpuan pelabur seterusnya pada sesi New York, adalah penerbitan data inflasi Kanada yang dijangka turut mencatatkan peningkatan pada bulan Oktober. Pada sesi Eropah, dolar Kanada diniagakan di tahap terlemah lima minggu berbanding USD.

Terdahulu, pelabur telah diperlihatkan dengan data inflasi UK yang meningkat paling tinggi sejak Disember 2011. Matawang pound pada mulanya meningkat sebagai reaksi awal tetapi pergerakannya dibantutkan oleh USD yang kuat, menyebabkannya kekal didagangkan di sekitar harga yang sama pada 1.3430.

Secara keseluruhan, indeks dolar mengukuh pada sekitar harga 95.95, mencatat tahap ketinggian terbaru sejak Julai 2020 berbanding kebanyakan matawang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat