US Dolar Terus Lemah, Matawang Komoditi Melonjak

94

Yen meneruskan pengukuhan dalam sesi dagangan Khamis selepas mendapat manfaat daripada kenyataan dovish Yellen di Kongres US semalam. Yen mengukuh sehingga lebih 80 pip selepas kenyataan bertulis Yellen dikeluarkan pada Rabu.

Usd/Jpy jatuh 0.15% setakat pukul 6.16 pm yang membawa pasangan matawang ini di sekitar 112.98.

Euro turut mendapat manfaat daripada komen Yellen sebelum melemah semula pada Rabu akibat daripada laporan Menteri Kewangan Jerman Schauble yang berkata perkembangan polisi monetari adalah masalah kepada menteri kewangan dan ekonomi dalam jangka masa sederhana.

Walaupun dengan kelemahan US dolar, Eur/Usd melemah 0.08% setakat ini. Ketika ini pasaran ekuiti Eropah dilihat melonjak dengan DAX naik 0.20% dan STOXX600 naik 0.49%. Euro Bund pula naik 0.22% yang menunjukkan hasil yang merosot.

Di Australia, perkembangan positif dapat dilihat kepada harga-harga kamoditi seperti biji besi dan kuprum, ditambah lagi dengan prestasi positif ASX200 yang naik 1.11% dalam penutupan Khamis. Aud/Usd setakat ini merekod kenaikan 0.74% mencapai paras tertinggi 0.7740 setakat pukul 6.27 pm.

Kiwi mengikuti jejak langkah Aussie dengan mengukuh sehingga 1.05% berbanding US dolar dan ketika ini berada di sekitar 0.7336.

Dolar Kanada tidak dapat dinafikan pengukuhannya apabila bank pusat menaikkan kadar faedah yang pertama sejak tujuh tahun lalu. Pengukuhan ini dilihat sebagai tindak balas pasaran yang tidak menjangka tindakan bank pusat pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat