US Dolar Terus Menyusut Berbanding Matawang Utama, Harga Emas Dan Minyak Melonjak Naik – Sesi Eropah

81

Forex

Matawang US dolar jatuh ke paras terendah 3 bulan lalu berbanding matawang utama pada hari Selasa . Manakala matawang euro terus melonjak naik.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.25% kepada 91.76 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Selasa setakat jam 04.25 p.m.

Kelemahan US dolar pada akhir tahun 2017 didorong oleh pertumbuhan ekonomi dunia dan jangkaan pasaran terhadap perlaksanaan pengetatan motenari polisi.

Pasaran juga memberi tumpuan pada minit mesyuarat the Fed pada keesokan hari dan laporan data nonfarm payrolls (NFP).

Matawang euro mengukuh berbanding US dolar dengan mencatat pengukuhan sebanyak 0.25% kepada 1.2037 dalam sesi dagangan Eropah setakat jam 04.25 p.m.=.

GBP/USD juga mencatat pengukuhan sebanyak 0.26% kepada 1.3538 menjelang laporan aktiviti pembuatan UK.

Minyak

Harga minyak terus melonjak naik dalam pasaran Eropah pada hari Selasa.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.30% kepada $60.61 setakat jam 04.25 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.74% kepada $67.12 setong setakat jam 04.25 p.m.

Peningkatan harga minyak didorong oleh beberapa faktor utama antaranya ialah sentimen politik iaitu gerakan anti-kerajaan yang berlaku di Iran, yang merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar.

Selain itu, turut mendorong peningkatan harga ialah usaha pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan Rusia.

Emas

Harga emas naik dalam sesi dagangan Eropah berikutan kelemahan matawang US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.14% pada hari Selasa kepada $1,311.10 setakat jam 04.25 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat