US Dolar Terus Susut! Apa Dah Jadi?

717

US dolar jatuh ke paras terendah 3 hari pada hari Khamis berikutan selera risiko pasaran global meningkat. Disisi lain matawang sterling juga susut setelah Bank of Englad (BoE) memilih untuk memperlahankan kadar pembelian bonnya.

Data tuntutan pengangguran di A.S pula menunjukkan rakyat Amerika yang mengajukan tuntutan baru untuk faedah pengangguran pada minggu lalu semakin berkurangan di tengah usaha vaksinasi Covid-19 semakin giat dijalankan dan pakej rangsangan.

Walaupun ekonomi A.S semakin mengukuh, namun the Fed memandang bahawa risiko inflasi yang lebih tinggi berkurangan. Pernyataan tersebut ditafsirkan oleh sebilangan pemain pasaran bahawa memerlukan masa yang lebih panjang untuk naikkan kadar faedah. Ini menjadikan US dolar kurang menarik dimata pelabur.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain susut sebanyak 0.34% kepada paras tukaran 90.985 setakat jam 11.40 p.m.

Disisi lain Bank of England mengatakan akan memperlahankan pembelian bonnya dan ramalan pertumbuhan ekonomi Britain pada tahun ini ditingkan setelah kemerosotan akibat penularan pandemik dalam masa yang sama menekankan bahawa ia tidak mengetatkan dasar monetari.

Pound kali terakhir turun 0.08% berbanding dolar yang lemah pada $ 1.3900.

Euro naik 0.47% berbanding dolar pada $ 1.2061, dan naik 0.65% berbanding pound, pada 86.88 pence per euro.

Dolar Kanada mencecah tinggi tiga setengah tahun, dibantu oleh kenaikan harga minyak dan peralihan Bank of Canada baru-baru ini kepada petunjuk yang lebih baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat