US Dollar Ambil Pendekatan Tunggu dan Lihat

30

US Dollar tidak mencatatkan perubahan besar pada hari Jumaat sementara menanti laporan data pekerjaan bulanan Amerika Syarikat. Data ini amat penting bagi memberi petunjuk, sama ada ekonomi terbesar dunia itu akan bangkit semula selepas data suku ke-2 kurang memberangsangkan.

Hari ini, US Dollar tidak mencatat perubahan ketara berbanding matawang utama yang lain setelah jatuh 2% pada minggu lalu.

Senarai gaji bukan perladangan atau NFP ini dijadual akan dikeluarkan pada pukul 12.30 GMT. Kebanyakan pakar ekonomi menjangkakan peningkatan sebanyak 180,000 jumlah pekerjaan pada bulan Julai.

“Semua orang sedang menanti keputusan NFP,” kata ahli strategi matawang Commerzbank, Esther Reichelt.

Dah baca artikel “Made In India” ini? Jika belum, klik pautan ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat