US Dollar Bullish Dalam Beberapa Tahun Akan Datang- Penganalisis

1,373

US dollar akan mengukuh dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan USD adalah bullish dalam apa jua senario yang berlaku, menurut penganalisis di HSBC, David Bloom.

Terdapat tiga senario yang mungkin berlaku terhadap US dollar dalam tempoh beberapa tahun ini. Dalam dua senario tersebut, HSBC menyarankan untuk pemain pasaran membeli matawang US itu.

Prestasi ekonomi yang memberangsangkan telah membolehkan The Federal Reserve menaikkan kadar faedah walaupun bank-bank pusat yang lain masih lagi sukar mengetatkan kadar faedah mereka.

The Fed dijangka menaikkan kadar faedah mereka sekali lagi pada penghujung bulan September di mana Bank of England (BoE), European Central Bank (ECB), Reserve Bank of Australia (RBA) dan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) masih menunggu masa terbaik untuk menaikkan kadar.

The Fed boleh meneruskan kenaikan kadar faedah di atas ‘kadar neutral’ dan konsisten dengan ‘analisis dot-plot’, kata Bloom yang merujuk kepada unjuran kadar faedah mereka.

“Dalam masa yang sama kebanyakan bank-bank pusat negara G-10 akan berhadapan kesukaran untuk mula mengetatkan dasar monetari, di mana bank pusat yang menaikkan kadar faedah pula akan melakukannya secara perlahan-lahan.”

Perubahan dalam kadar faedah atau isyarat yang diberikan hanya digunakan untuk memberi respon kepada pergerakan inflasi. Ia sekaligus memberi impak kepada matawang yang dipengaruhi aliran modal antarabangsa.

Tahun lalu kita melihat pasaran agak ragu-ragu sama ada Fed akan menaikkan kadar faedah kepada 1.50%  berpandukan dengan ‘analisis dot-plot’. Hari ini kadar faedah berada di paras 2.00% yang mana ‘analisis dot-plot’ pada 2017 menunjukkan kadar faedah akan dinaikkan kepada 2.25% sebelum Januari 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat