US Dollar dan Donald Trump: Kawan atau Lawan?

68

Politik dan ekonomi ibarat aur dan tebing tidak akan terpisah hubungan mereka. Jika keadaan politik bagus, ekonomi turut serta positif dan sebaliknya.

Ketidaktentuan yang sedang dialami di Eropah akibat keputusan Brexit memberi keuntungan di pihak Amerika Syarikat apabila matawang US Dollar lebih kuat jika dibandingkan dengan pound sterling dan Euro.

Manakala jika dibandingkan dengan matawang safe haven yang lain seperti Japanese yen dan Swiss Franc pula, US Dollar secara kasar makin melemah sepanjang tahun 2016.

Punca prestasi US Dollar kurang meriah kali ini adalah akibat faktor ekonomi global sebenarnya. International Monetary Fund (IMF) memetik kelembapan ekonomi di China dan harga minyak jatuh sebagai diantara punca yang menekan US Dollar.

Selain dari itu, pilihanraya Presiden baru di US nanti juga akan turut menyumbang kepada ketidaktentuan didalam pasaran matawang.

Buat masa ini, walau siapa sekalipun yang menjadi Presiden US yang baharu, keputusan ini akan memberi impak kepada pasaran US Dollar. Federal Reserve adalah badan yang mengawal dasar kewangan tetapi sebarang keputusan dari Presiden baru juga akan memberi efek kepada kestabilan politik dan ekonomi di US.

Dijangkakan jika Hillary Clinton dari parti Demokratik menang, perubahan yang bakal dilakukan dijangka tidak akan terlalu drastik. Bagaimana pula jika Donald Trump menyandang jawatan Presiden?

Berdasarkan pemerhatian, kemungkinan fluktuasi jangka pendek akan berlaku disebabkan pengenalan dasar-dasar Trump kepada ekonomi US. Jika dasar-dasar tersebut membuahkan hasil, efek fluktuasi akan pudar dan jika sebaliknya pula terjadi, ia akan memberi kesan buruk kepada pasaran US Dollar untuk jangka masa panjang.

Walau apa jua yang terjadi, kemungkinan diatas masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan pilihanraya Presiden dan juga factor ekonomi global akan datang.

Liputan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat ini akan kami ulas untuk pembaca semua.

Jadi, stay tuned!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat