US Dollar Kian Tertekan!

35

US Dollar jatuh ke paras terendah dalam tempoh seminggu berbanding Euro selepas Federal Reserve mengeluarkan kenyataan semalam.

Penurunan prospek kenaikan kadar cukup untuk menolak Greenback ke paras terendah bagi tempoh hampir sebulan.

Pun begitu, 3 undi bagi kenaikan kadar sewaktu mesyuarat FOMC membawa Dollar kembali ke wilayah positif, meningkat 0.2% daripada penutup sesi New York pada Rabu.

Dalam pada itu, Euro meningkat 0.4% sejak Jumaat lalu.

Salah satu fokus pasaran pada Khamis ialah mesyuarat dalam kalangan pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Jepun yang bakal membincangkan isu-isu dalam pasaran kewangan Global.

Menurut ahli strategi pasaran global JP Morgan Asset Management di Singapura, Jasslyn Yeo percaya bahawa US akan melemah berbanding yen menjelang akhir tahun ini.

Bilakah Isu Brexit Ini Akan Selesai? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat