US Dollar Masih Berlegar diparas Tertinggi Berbanding Matawang Lain!

65

US Dollar dinilai stabil berbanding sekumpulan matawang utama berikutan keyakinan pelabur yang semakin bertambah terhadap prospek kenaikan kadar oleh Fed dalam mesyuarat minggu depan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai berbanding enam matawang utama pada 101.64.

Kenaikan kadar pada mesyuarat yang akan dijalankan pada 14 hingga 15 Mac ini dilihat sebagai satu kepastian apabila Pengerusi Fed (Janet Yellen) berkata bahawa kenaikan kadar dilihat sesuai sekiranya sektor pekerjaan dan inflasi terus berkembang.

Pelabur juga meletakkan kemungkinan sebanyak 86 peratus terhadap peluang kenaikan pada Mac.

Dalam sesi ini, Dollar dicatat stabil berbanding Yen dengan USD/JPY didagang pada 113.83 selepas jatuh ke tahap terendah yang dicapai dalam tempoh seminggu.

Euro pula meningkat lebih tinggi dengan EUR/USD melonjak sebanyak 0.1 peratus.

Sementara itu, pelabur masih memantau perkembangan terkini dalam kempen pilihanraya Perancis.

Euro juga terkesan dengan data yang menunjukkan penurunan data pesanan kilang Jerman yang menjunam sebanyak 7.4 peratus.

Dalam sesi ini, Sterling didagangn lemah berbanding US Dollar dengan GBP/USD menurun sebanyak 0.21 peratus.

Turun Naik Matawang Yen Perlu diberi Perhatian Serius Oleh Jepun : Takako Masai

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat