US Dollar Matawang Terkuat Setakat Awal Sesi New York Pada Rabu

642

US dollar meneruskan kenaikannya dalam sesi awal dagangan New York pada Rabu. US dollar yang sedia kukuh dipacu oleh pemangkin terbaru pukul 8.30 malam tadi oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat bagi tempoh suku keempat 2017.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.47% setakat pada pukul 11.08 malam.

Bacaan pertumbuhan (GDP) A.S. mencatat kenaikan 2.9% melebihi bacaan awal 2.5% yang dilaporkan sebelum ini. Ini merupakan bacaan terakhir yang dikaji semula kepada peningkatan daripada 2.5% kepada 2.9%. Ini sudah tentu satu berita yang semakin meyakinkan pasaran bahawa The Fed iaitu bank pusat A.S. akan terus menaikkan kadar faedahnya pada tahun ini.

Fokus utama pasaran kepada data kali ini adalah komponen data perbelanjaan pengguna yang dinaikkan daripada 3.8% kepada 4.0%. Bacaan 4% kenaikan ini juga adalah bacaan terbesar sejak 3 tahun yang lalu.

Kebimbangan mula timbul berikutan laporan bahawa China sedikit masa lagi akan mengeluarkan senarai tariff terhadap produk A.S. yang dieksport ke China sebagai respon tindak balas terhadap tindakan tariff oleh Trump.

Bagaimanapun, kita masih belum melihat tanda bahawa matawang safe-haven mula mengukuh dengan YEN ketika ini kekal lemah berbanding matawang-matawang utama  yang lain. USD/JPY setakat pada pukul 11.16 malam naik 0.80%.

EUR/USD pula susut sebanyak 0.42% dengan GBP/USD susut 0.38%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat