US Dollar Melemah Dalam Sesi Dagangan Hari Ini

42

US Dollar ditarik turun pada hari Isnin ke paras terendah kerana pertumbuhan Amerika Syarikat yang mengecewakan diumumkan pada minggu lepas. Yen pula mencatat beberapa kenaikan selepas BoJ mengumumkan rangsangan yang lebih kecil berbanding jangkaan awal.

Indeks Dollar dinilai pada 95.578 meningkat 0.1%, merangkak jauh lebih rendah sejak 5 Julai. Angka  dicatat selepas KDNK Amerika Syarikat tersasar dari jangkaan awal.

“Pergerakan US Dollar telah terhenti disebabkan KDNK Q2 dicatat lemah,” kata Marc Chandler, Ketua Global Strategi Matawang di Brown Brothers Harriman.

Sasaran teknikal terkini US Dollar ialah 94.75 berikutan spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah jangka pendek terus memudar.

“Kenyataan FOMC pada awal minggu ini tidak meletakkan sebarang gambaran kenaikan pada bulan September nanti. Angka pertumbuhan yang lemah memungkinkan kadar faedah diturunkan lagi,” kata Chandler.

Presiden Fed New York, William Dudley berkata pada persidangan bank pusat antarabangsa di Bali pada hari Isnin, bank pusat boleh menaikkan kadar sebelum pilihan raya Amerika Syarikat pada bulan November.

Euro meningkat 0.1% manakala sterling menguat 0.2% kepada $ 1.3251, menjelang keputusan BoE pada hari Khamis.

Dalam satu laporan ahli ekonomi Reuters yang dikeluarkan pada minggu lalu, mereka meramalkan Bank Pusat British akan mengurangkan penanda aras buat pertama kalinya sejak 2009. Angka itu dijangka berkurang 0.25% daripada 0.50%.

Kebanyakan matawang utama juga memberi reaksi yang perlahan keatas kaji selidik yang dijalankan keatas sektor perkilangan China.

Caixin atau Markit PMI Index meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 1 ½ tahun. Tetapi, dalam satu kajian rasmi menunjukkan aktiviti perkilangan merosot pada bulan Julai.

“Ia memberikan Aussie rangsangan sederhana,” kata Sue Trinh, ahli strategi matawang kanan di Pasaran Modal RBC di Hong Kong.

Dalam masa yang sama, Dollar Australia meningkat sedikit kepada $ 0.7608.

 

Adakah anda antara trader yang tidak senang duduk kalau seminit berjauhan dari MT4? Artikel ini sesuai untuk anda!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat