US Dollar Menambah Tenaga Berbanding Matawang Lain Dalam Sesi Ini

81

US Dollar mengaut keuntungan yang lebih tinggi pada Selasa selepas komen dovish dari penggubal dasar Fed mengenai jangkaan kenaikan kadar sebelum penghujung tahun ini.

Pelabur kini melihat penurunan jangkaan sejurus selepas komen Gabenor Fed, Lael Brainard tersebut.

Koichi Yoshikawa, Pengarah Eksekutif Kewangan di Standard Chartered Bank kekal berpendapat bahawa Fed tidak akan menaikkan kadar seawal September.

Dalam masa yang sama, US Dollar berbanding Yen meningkat 0.1% kepada ¥ 101.96.

Yen menunjukkan lonjakan apabila pelabur menjangkakan pakej rangsangan dari Bank of japan hanya memberi kesan yang terhad kepada kadar inflasi Jepun.

Matawang tersebut juga bergerak diantara 100 dan 103 yen sebelum mesyuarat dasar BoJ.

Sementara itu, matawang euro dicatat hampir tidak berubah pada $1.1234.

Kata Masashi Murata, ahli strategi matawang Brown Brothers Harriman di Tokyo menyatakan bahawa kebimbangan terhadap ekonomi China semakin surut gara-gara data yang agak positif dikeluarkan dari China.

Disamping itu, pelabur akan meneliti data pengguna dan inflasi borong menjelang mesyuarat dasar BoE minggu ini. Inflasi yang tinggi akan menjejaskan jangkaan pelonggaran dasar selanjutnya sekali gus mengangkat nilai pound.

Sterling juga dilapor stabil pada $1.335.

Baca artikel berkaitan dengan China : Pengukuhan Ekonomi Kedua Terbesar Ini Tidak Boleh Disangkal Lagi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat