US dollar menguat berbanding beberapa matawang utama yang lain selepas data NFP dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi. Data kadar gaji (Average Hourly Earnings) dan data tambahan pekerjaan (NFP) meleset daripada jangkaan, tetapi kadar pengangguran mencapai paras terbaik sejak 18 tahun yang lalu.
Kadar pengangguran di Amerika Syarikat berkurangan ke paras 3.9% iaitu paras terendah yang pernah dicapai pada 18 tahun yang lalu. Jangkaan bagi data kali ini adalah bacaan susut kepada 4.0% daripada 4.1% sebelum ini.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.47% setakat pada pukul 9.54 malam pada Jumaat.
Major pair EUR/USD jatuh 0.51% dengan GBP/USD jatuh 0.54%. USD/JPY pula jatuh 0.02%, USD/CAD naik 0.31% dan USD/CHF naik 0.40%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.33% dan 0.55% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah USD, manakala matawang paling lemah adalah NZD, GBP dan Euro. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/USD jatuh 0.51%,NZD/USD jatuh 0.55% dan GBP/USD jatuh 0.54%.
Walaupun dengan data pekerjaan yang kurang memberangsangkan, tetapi kadar pengangguran merekodkan bacaan yang mengejutkan kerana mencapai paras terbaik sejak 18 tahun yang lalu. Pasaran ketika ini juga sedang meneliti perkembangan hari kedua rundingan dagangan AS-China.