US Dollar Menguat Disumbang Oleh Peningkatan Hasil-Bon Amerika

776

Matawang US dollar jelas menguat setakat pada pukul 9.25 malam berbanding matawang-matawang utama yang lain selepas data jualan runcit Amerika diumumkan sejam yang lepas.

Data jualan runcit (retail-sales) menunjukkan bacaan yang meleset daripada jangkaan dengan hanya merekodkan kenaikan 0.3% berbanding jangkaan pasaran 0.4%. Jualan-runcit teras (Core retail-sales) yang tidak mengira jualan automobil juga merekodkan kenaikan 0.3%, kurang daripada jangkaan kenaikan 0.5%.

Jika melihat kepada data, sepatutnya US dollar melemah ketika ini disebabkan data yang meleset daripada jangkaan.

Kenaikan US dollar ketika ini disebabkan dua perkara iaitu kenaikan hasil-bon 10-tahun AS (US10-year treasury) dan juga data jualan runcit yang dikaji semula kepada kenaikan pada Mac.

Selepas membuat lonjakan pada pukul 12 tengah hari pada Selasa, kini hasil bon AS ini menyambung kenaikannya sejak pukul 8 malam tadi dan kini mencecah paras yang lebih tinggi iaitu 3.058% berbanding 3.021% tengah hari tadi.

Bukan itu sahaja, penilaian semula kepada bacaan data jualan runcit pada bulan Mac juga telah menyumbang kepada kenaikan US dollar. Bacaan jualan runcit untuk bulan Mac pada mulanya dianggarkan meningkat 0.2% dan kini dinaikkan kepada 0.4% dalam data yang diumumkan pada Selasa.

Namun, kenaikan US dollar dilihat lebih banyak disumbangkan oleh peningkatan hasil-bon AS ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat