US GDP: Pertumbuhan Terlalu Tinggi Petanda Bahaya

801

[Artikel Tajaan]

Ekonomi US Meningkat Sebanyak 4.9% Pada Suku Ketiga 2023, Pertumbuhan Paling Tinggi Sejak 2021

Terbitan data ekonomi US GDP semalam telah mencatatkan angka petumbuhan ekonomi yang sangat tinggi sejak tahun 2021.

Berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan, sektor pengguna dilihat sebagai penyumbang utama terhadap pertumbuhan ekonomi di US pada suku ketiga yang lepas.

Selain itu juga, komponen “personal spending” telah dicatatkan meningkat sebanyak 4% tertinggi sejak tahun 2021.

Indikator Ekonomi Data Sebenar Data Jangkaan
GDP +4.9% +4.5%
Personal consumption +4% +4%
PCE price index, tidak termasuk makanan dan tenaga +2.4% +2.5%


Pertumbuhan GDP Terlalu Tinggi Petanda Bahaya

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara asasnya adalah satu tanda yang positif terhadap kekuatan ekonomi di sesebuah negara.

Akan tetapi dengan situasi tekanan inflasi yang dihadapi Amerika Syarikat, pertumbuhan ekonomi yang drastik ini merupakan satu petanda amaran yang jelas terhadap tekanan kenaikan kadar inflasi.

Seperti yang sedia maklum pertumbuhan drastik GDP di Amerika telah disumbangkan oleh sektor “consumer” di mana perbelanjaan rakyat di negara itu meningkat secara mendadak. Hal ini berikutan keadaan pasaran buruh di negara itu yang positif sepanjang suku ketiga.

Punca Kenaikan Bacaan Inflasi


Inflasi terjadi apabila harga barangan pengguna (consumer) meningkat. Bermaksud kos harga barangan di dalam sesebuah negara meningkat.

Kenaikan harga berlaku jika permintaan (demand) agregat bagi barangan melebihi penawaran (supply) agregat. Apabila pengguna menyedari bahawa produk yang mereka inginkan kekurangan bekalan, mereka sanggup membayar harga yang lebih tinggi.

Terdapat dua punca kenaikan harga:

1. Peningkatan dalam permintaan agregat atau
2. Penurunan dalam penawaran barang.

Kedua-duanya mempunyai akibat yang sama untuk tahap harga keseluruhan tetapi kesan yang berbeza terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK/GDP) .

Jangkaan Federal Reserves

Kekuatan ekonomi pada suku ke empat tahun 2023 akan menjadi titik penting terhadap Fed bagi menentukan hala tuju kenaikan kadar faedah pada tahun 2024.

Sama ada mereka bersedia mengekalkan kadar faedah yang sedia ada lebih lama atau melaksanakan penurunan kadar faedah. Namun jika inflasi masih lagi berada di atas paras 2%, kadar faedah dijangka akan kekal.

Laporan pertumbuhan ekonomi Amerika bagi suku ketiga yang telah dikeluarkan semalam dilihat tidak akan menjadi pencetus utama terhadap kenaikan kadar faedah yang bakal diumumkan pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Akan tetapi ia akan menjadi bukti yang kuat bahawa Fed akan mengekalkan kadar faedah yang sedia ada pada 5.50% untuk satu tempoh yang lama (higher for longer).

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat