US30 Junam, Yellen Kembali Ranapkan Harapan Pelabur!

338

Senyuman di bibir pelabur kembali memudar selepas mendengar kenyataan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Janet Yellen.

Bercakap kepada ahli jawatankuasa kecil Peruntukan Senat pada Rabu, Yellen mengatakan beliau tidak mempertimbangkan untuk menginsuranskan semua deposit bank Amerika Syarikat tanpa kelulusan kongres.

Sebelum ini, kerajaan telah membantu membayar balik kebanyakan deposit tidak diinsuranskan di dua bank yang runtuh minggu lalu, iaitu Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank.

Oleh itu, beberapa kumpulan perbankan mengharapkan jaminan yang sama daripada kerajaan untuk mengelak daripada ancaman dalam sistem perbankan selanjutnya.

Impak daripada kenyataan tersebut, saham First Republic Bank mencatat kejatuhan 15.5% pada sesi New York.

Sementara itu, 3 indeks utama AS, Dow Jones Industrial junam 1.63% kepada 32030.12, manakala S&P terjun 1.65% pada 3,936.98 dan Nasdaq turun 1.37% pada 12,567.15.

Indeks US30 pula susut rendah pada 32,180.50 ketika sesi Asia.

Dalam pada itu, pasaran saham juga gagal meningkat susulan jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk menamatkan pengetatannya tidak lama lagi.

Fed menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas dan memberi indikasi untuk satu lagi kenaikan akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, bank pusat itu menegaskan usaha menurunkan inflasi kekal menjadi keutamaan dan tiada pemotongan kadar dijangka akan dilaksanakan tahun ini.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat