Usaha Fed Berjaya? Pelabur Mulai Optimis Sebelum FOMC

189

Bacaan kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) terbaru semalam menguatkan lagi jangkaan kenaikan kadar untuk diperlahan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC pagi Khamis.

Jabatan Buruh AS melaporkan data indeks harga pengguna (CPI) yang turut mengukur kadar inflasi menyusut 0.1% pada November berbanding bulan sebelum pada 0.4%, jauh di belakang unjuran pasaran 0.3%.

Ini secara tidak langsung mengembalikan keyakinan pasaran tentang pelaksanaan kenaikan kadar yang lebih kecil, sebanyak 50 mata asas berbanding 75 mata asas oleh Fed sebelum ini.

Malah penganalisis pasaran sebulat suara menyambut baik berita pengecutan kadar inflasi itu.

Berita baik itu juga memberi lonjakan kepada ekuiti namun dagangan aset berisiko kembali tenang menjelang penutupan.

Indeks Dow Jones Industrial naik 0.1%, indeks S&P 500 canak 0.74% dan Nasdaq Composite lonjak 1%.

Di Eropah, indeks STOXX 600 naik 1.3% dengan tolok MSCI saham global canak 1%.

Sesi dagangan pagi di Asia menyaksikan Nikkei 225 Jepun naik 0.4%, Topix tambah 0.26%, Kospi Korea Selatan canak 0.41% dan S&P/ASX 200 Australia lonjak 0.27%.

Pada sisi berbeza, hasil Perbendaharaan AS jatuh dengan nota 10 tahun susut 9.2 mata asas pada 3.519% sementara hasil 30 tahun turun 3.2 mata asas pada 3.544% dan hasil 2 tahun junam 16.4 mata pada 4.239%.

Mengiringi kejatuhan itu adalah dolar dengan indeks greenback junam 1%, iaitu penurunan lebih 5% untuk 3 bulan lepas dengan pelabur menjangkakan inflasi sudah memuncak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat