Usahawan Kripto Boleh Selamatkan SVB! Biar Betul?

152

“Kena cuba je la, mana tahu memang boleh selamatkan.”

Selepas peristiwa Great Recession pada tahun 2008, Silicon Valley Bank (SVB) adalah salah satu kejatuhan kewangan terbesar yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada bulan lepas.

Umum mengetahui bahawa SVB adalah bank mesra mata wang kripto, namun kejatuhannya telah menjadi sebab ramai individu bimbang susulan ia adalah bank kedua yang telah runtuh selepas Silvergate Bank.

Meskipun begitu, beberapa syarikat kripto yang berhasrat membeli SVB berkemungkinan dapat menyelamatkan dan membangunkan semula bank tersebut daripada kejatuhan drastiknya.

Antara syarikat kripto yang mempertimbangkan untuk membeli bank itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ), di mana ia punyai kuasa, kewangan dan tenaga untuk mengembangkan SVB.

Selain CZ, pengasas Tesla dan Spacex, Elon Musk yang berjaya memperoleh Twitter turut berkata bahawa beliau ingin membeli bank berikut untuk dimanfaatkan pada platform media sosial tersebut.

Kenyataan Musk tersebut dibuat selepas CEO syarikat komputer gaming Razor, Min-Liang Tan baru-baru ini mengatakan Twitter harus membeli SVB dan menjadikannya bank digital.

Dapat dilihat disini, Musk tidak menentang cadangan itu namun beliau dan CZ sehingga kini masih tidak memberi sebarang petunjuk jelas tentang rancangan yang akan mereka laksanakan untuk membeli bank tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat