USD Bakal Teruskan Dominasi Sekurang-kurangnya Enam Bulan Lagi?

523

Dolar USD dilihat akan meluaskan momentum pengukuhannya sekurang-kurangnya sehingga tahun depan, dan jika perjanjian perdagangan AS dan China ditandatangani, ia akan memberi kesan kepada USD untuk susut sebanyak 1-2%, berdasarkan tinjaun terbaru daripada Reuters.

Keyakinan terhadap pertikaian perdagangan antara dua negara ekonomi gergasi yang telah memberi kesan kepada ekonomi dunia akan berakhir telah mendorong peningkatan dalam saham global dan Wall Street.

Selain itu, sentimen risk-on telah menyebabkan indeks dolar yang mengukur nilai dolar terhadap enam matawang utama lain mencatatkan penyusutan bulanan pertamanya sejak Jun.

Spekulator matawang telah terpengaruh dengan keyakinan dan menumpukan pertaruhan mereka kepada dolar, menyebabkan kedudukan jumlah nilai bersih dolar kepada tahap paling rendah dalam tempoh lebih dua bulan.

Bagaimanapun, keyakinan terhadap perdagangan ini dikhuatiri tidak akan kekal lama dengan perjanjian perdagangan fasa pertama yang masih belum selesai dan ketidakpastian kepada beberapa fasa perjanjian yang akan datang perlu dihadapi dengan lebih banyak lagi perselisihan pendapat.

Hampir dua per tiga daripada 56 penganalisis yang menjawab soalan tambahan mengenai dominasi dolar akan kukuh sekurang-kurangnya selama enam bulan lagi, manakala satu per empat pula menjangkakan matawang akan terus kukuh selama lebih daripada dua tahun.
Ini adalah bertentangan dengan tinjauan lepas apabila majoriti penganalisis yakin bahawa dominasi dolar USD akan berakhir.

Sementara itu, jika perjanjian perdagangan fasa pertama ditandatangani oleh AS dan China, lebih 40% daripada 63 penganalisis berkata indeks dolar akan menyusut sebanyak 1-2% selepas itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat