USD Berundur Seketika, Beri Peluang Untuk Lebih Menyinar Pada Sesi New York?

282

US dolar didagangkan sedikit susut pada awal sesi Eropah, mengurangkan keuntungan yang diraih susulan bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangkakan.

Pekerjaan AS tanpa dijangka meningkat lebih tinggi pada bulan Julai dengan penurunan dalam kadar pengangguran menambahkan lagi bukti pengukuhan berterusan dalam pasaran buruh di ekonomi gergasi dunia itu.

Ini sekali gus mengembalikan semula jangkaan pelabur untuk melihat satu lagi siri peningkatan kadar faedah yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) dengan kenaikan sebanyak 75 mata asas kembali menjadi sasaran.

Raja US dolar yang telah mencatat pengukuhan susulan penerbitan NFP, mempamerkan pergerakan mendatar dalam dua sesi dagangan pada hari ini.

Mata wang gergasi itu mungkin akan meneruskan pengukuhannya pada sesi New York apabila lebih ramai pelabur memasuki dagangan.

Sementara itu, mata wang berkaitan komoditi termasuk dolar Aussie, loonie dan kiwi memanfaatkan pergerakan US dolar untuk menghapuskan kerugian yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Meneliti perkembangan mata wang Eropah, dagangan euro dan pound sedikit berubah seiring dengan pergerakan dolar greenback di tengah-tengah ketiadaan pemangkin utama untuk merangsang kedua-dua mata wang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat