USD/CAD Berpotensi Cecah 150 PIPS Penurunan Harga

736

Matawang dolar USD bergerak perlahan pada permulaan dagangan minggu ini sejak sesi Asia sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah. Faktor ekonomi yang lemah di Amerika Syarikat memberikan kebimbangan terhadap pelabur ekoran penurunan tertinggi pada bacaan jualan runcit dalam tempoh hampir satu dekad.

Selain itu juga, pelabur yang melihat perkembangan pada laporan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China seperti memberi harapan yang positif untuk kedua-dua ekonomi gergasi itu mencapai kesepakatan turut menjadi faktor kelemahan dagangan USD. Pelabur akan memberi tumpuan terhadap rundingan yang akan bersambung pada minggu ini di Washington.

Sementara matawang komoditi dolar CAD pula mencatatkan pengukuhan berikutan faktor kenaikan harga minyak mentah yang mencapai paras tertinggi sejak November lalu. Namun, laporan data jualan automobil di China untuk bulan Januari yang mencatatkan penurunan bakal memberi kesan terhadap pasaran minyak mentah.

Kebimbangan terhadap isu tersebut adalah disebabkan China sebagai pengguna minyak mentah kedua terbesar di dunia berkemungkinan akan mengurangkan permintaan minyak terkesan daripada kemerosotan jualan automobil.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD sejak dua minggu lalu, harga yang menguji paras resistance 1.33250 gagal melepasi paras lebih tinggi sebelum membuat penurunan semula.

Jika harga semasa kembali membuat kenaikan menguji semula paras resistance tersebut, kenaikan harga boleh mencapai sekitar 100 Pips pergerakan harga.

Namun, jika Loonie terus mengukuh dan keputusan rundingan dagang tidak memihak kepada dagangan USD, harga bakal membuat penurunan sehingga ke paras support sekitar 1.30700 mencatatkan lebih 150 Pips penurunan harga.

 

 

Lihat juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk panduan analisis teknikal anda.

Paras support: 1.3216, 1.3191, 1.3142.

Paras resistance: 1.3290, 1.3339, 1.3364.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat