USD/CAD Breakout Paras 1.35000 Susulan Keputusan Mesyuarat Polisi Oleh BOC

352

Matawang dolar Kanada pada dagangan semalam menunjukkan penurunan susulan keputusan mesyuarat dasar monetari oleh bank pusat dikeluarkan semalam.

Seperti yang dijangkakan, Bank of Canada (BOC) telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% tidak berubah seperti sebelum ini dan masih kekal dovish.

Namun, nada kenyataan pada mesyuarat dasar semalam dilihat lebih optimis berbanding mesyuarat pada April yang lalu.

Dari sudut teknikal, jika diperhatikan pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD semalam, harga telah membuat kenaikan melepasi paras resistance 1.35000 yang diuji beberapa kali sebelum ini.

Kenaikan harga mencapai paras ketinggian pada paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum kembali membuat penurunan semula.

Kenaikan juga turut didorong oleh faktor positif pada dagangan dolar Amerika di tengah-tengah ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang masih berlarutan.

Dagangan yang bersambung pada hari ini dilihat mendatar pada sesi Asia di sekitar paras Magic Pivot 1.3516 dan menunjukkan sedikit penurunan pada penghujung sesi menuju ke paras 1.35000 semula yang membentuk zon RBS (resistance become support) yang baru.

Harga berkemungkinan akan membuat kenaikan semula dan menguji paras ketinggian pada dagangan semalam di sekitar paras resistance 1.3550 (MagicR1) sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Kenaikan lebih tinggi harga mampu mencapai paras ketinggian sehingga sekitar resistance 1.3614 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini untuk mencatatkan paras ketinggian yang terbaru.

Namun jika harga terus membuat penurunan ke paras lebih rendah dari paras tumpuan 1.35000, penurunan harga dijangka akan menuju ke paras support pada 1.3451 (MagicS2) di mana harga berlegar di sekitar paras tersebut pada dagangan awal minggu ini.

Penurunan lebih rendah dijangkakan ke paras support 1.3421 (MagicS3) atau di paras tumpuan yang lebih rendah iaitu pada 1.34000.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 1.3485, 1.3451, 1.3421.

Paras resistance: 1.3550, 1.3580, 1.3614.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat