USD/CAD Gagal Kekalkan Siri Penurunan Minggu Lalu, Kembali Pamer Kenaikan

1,334

Setelah siri penurunan harga dipamerkan pada carta pasangan matawang USD/CAD minggu lalu, harga kembali pamerkan kenaikan pada awal dagangan minggu ini ekoran ketidakstabilan pasaran minyak mentah yang mempengaruhi dolar Kanada di samping pengukuhan semula US dolar.

Langkah pengurangan pengeluaran bekalan minyak dilihat akan kembali stabilkan harga minyak namun ketegangan antara Arab Saudi dan Rusia masih berlarutan dan terus menjejaskan pasaran.

Kebimbangan terhadap pasaran minyak itu turut mendorong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghubungi Presiden Rusia Vladimir Putin untuk perbincangan mengenai penyelesaian isu tersebut.

Dolar Kanada bergerak lebih lemah pada minggu ini dengan kenaikan harga dipamerkan semalam pada carta USD/CAD selepas harga mencatatkan penurunan terendah mingguan pada Jumaat mencecah paras 1.39200.

Harga yang dibuka lebih tinggi pada awal dagangan sesi Asia semalam bergerak mendatar sebelum kenaikan harga dipamerkan pada sesi Eropah sehingga bersambung pada sesi New York dengan kenaikan sekitar 170 pips mencapai paras ketinggian 1.41800.

Harga telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/CAD memberi isyarat perubahan trend berbanding minggu lalu.

Pergerakan harga pada Selasa lebih mendatar sepanjang sesi Asia sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah menguji paras 1.4200.

Paras tersebut juga adalah zon SBR (support become resistance) untuk diuji harga sebelum arah pergerakan yang lebih jelas bakal ditentukan.

Jika kenaikan diteruskan, paras 1.42700 akan cuba ditembusi sebelum kenaikan harga bakal memecah trendline harga sebelum ini.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, harga akan bergerak melepasi paras sokongan dinamik MA50 sebelum menguji zon support pada paras 1.39200 yang diuji penghujung minggu lalu.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon support lebih rendah sekitar 1.37400 sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat