USD/CAD Junam Lebih Rendah Walaupun Data Perumahan Kukuh?

644

Dolar Kanada pada hari ini naik lebih tinggi berbanding matawang lain pada hari Jumaat ketika dolar AS jatuh secara mendadak dan anggaran awal menunjukkan bahawa penjualan kilang meningkat pada bulan Mac, dengan dolar Kanada terus mengukuh untuk minggu keempat berturut-turut.

Penjualan kilang Kanada meningkat 3.5% pada bulan Mac dari Februari berdasarkan Jabatan Statistik kanada. Ini membawa indikasi bahawa ekonomi Kanada semakin pulih.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain susut sebanyak 0.28% kepada paras tukaran 91.067 setakat jam 11.20 p.m.

Penjualan Rumah Baru di AS melonjak 20.7% pada bulan Mac kepada kadar tahunan yang disesuaikan mengikut musim sebanyak 1,021,000. Bacaan ini jauh lebih baik berbanding bulan Februari yang catat penurunan 16.2%.

Laporan ini tidak banyak memberi kesan yang signifikan terhadap prestasi greenback terhadap pesaingnya.

Dolar Kanada diperdagangkan 0.1% lebih tinggi pada 1.2486 atau 80.09 sen AS, setelah diperdagangkan pada julat 1.2470 hingga 1.2508. Untuk minggu ini sahaja, dolar Kanada telah meningkat 0.1%.

Pada hari Rabu, loonie menyentuh tahap tertinggi intraday dalam satu bulan pada tahap 1.2455 setelah Bank of Canada memberi isyarat bahawa ia akan mula menaikkan kadar faedah pada akhir 2022. Bank pusat meningkatkan prospek ekonomi Kanada dengan banyak dan mengurangkan langkah pembelian bon.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat