USD/CAD Masih Dijangka Untuk Teruskan Penurunan?

398

Dolar Kanada dilihat kekal bergerak stabil dalam pasaran disokong oleh sentimen positif pasaran minyak mentah global.

Kali ini perkembangan terbaru pasaran minyak disokong oleh laporan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang merosot bakal menjangkakan peningkatan bagi permintaan minyak mentah berikutan AS merupakan antara negara pengguna terbesar minyak di dunia.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD memaparkan corak penurunan harga sejak awal minggu ini.

Namun selepas pengukuhan Loonie menekan harga sehingga ke paras 1.22500 di awak sesi New York semalam, harga mula susut semula sehingga penghujung sesi untuk menutup dagangan di sekitar paras 1.23000.

Kenaikan semula harga didorong oleh pengukuhan semula US dolar selepas pasaran memberi reaksi terhadap perbincangan Federal Reserve (Fed) untuk langkah mengetatkan dasar monetari mereka.

Selain itu juga, turut mendorong kenaikan harga adalah data jualan runcit Kanada yang diterbitkan dengan bacaan yang merosot untuk bulan April, membantutkan pengukuhan CAD.

Namun pelabur masih melihat isyarat penurunan harga bagi trend bearish berikutan harga masih lagi bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/CAD.

Berkemungkinan jika corak penurunan harga berjaya dikekalkan, harga dijangka untuk meneruskan penurunan menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1.21800.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut bakal menuju semula ke zon support pada 1.20500 yang telah berjaya membendung kejatuhan harga pada dagangan Mei lalu.

Namun jika penurunan harga berakhir dan harga menyambung semula kenaikan seperti minggu lalu, kenaikan harga akan dijangkakan menguji rintangan 1.24000 terlebih dahulu sebelum menuju semula ke zon resistance 1.24700.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat